suria

Instafamous gantung diri semasa siaran live, cinta tak direstui ibu bapa jadi punca

Meli Joker meninggal dunia selepas nekad menggantung diri pada Ahad lalu.

PERSONALITI media sosial dari Indonesia, Fitri Meliana atau lebih dikenali sebagai Meli Joker nekad mengambil nyawa sendiri dengan menggantung diri semasa bersiaran langsung di laman Instagram miliknya.

Detik wanita berusia 31 tahun itu mengakhiri nyawanya turut ditonton oleh sebilangan pengikutnya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di kediaman pempengaruh itu, pada Ahad lalu sekitar pukul 04.00 pagi.

Menurut polis, sehari sebelum kejadian, Meli dilaporkan bertengkar dengan teman lelakinya.

Mayat Meli ditemui tidak lama kemudian oleh salah seorang ahli keluarganya.

Polis turut menegaskan tiada unsur keganasan jenayah dikesan di dalam kes tersebut.

Berdasarkan keterangan awal yang diperoleh polis, mangsa dikatakan nekad menggantung diri kerana hubungan cinta dengan kekasihnya tidak direstui oleh tua. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain