suria

Berang gaji tak dibayar, pegawai agensi kementerian dibunuh! Mayat ditanam bawah lantai dapur

Aldi (kanan) melihat suspek yang ditahan. -Foto KOMPAS.com/BAGUS FUJI PANUNTUN

GARA-gara tidak dibayar gaji, seorang tukang kebun tergamak membunuh seorang pegawai atasan sebuah kementerian dan menanam mangsa di bawah lantai dapur.

Suspek berusia 31 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Cihampelas, Bandung Barat (KBB), di Barat Jawa, Indonesia.

Polis mengesyaki terdapat unsur jenayah lain selain membunuh mangsa berusia 45 tahun dan menanam mayat di dapur rumahnya.

Ini kerana terdapat beberapa barangan berharga milik mangsa turut dicuri pelaku selepas pembunuhan itu.

"Terdapat tanda-tanda pembunuhan terancang. Sebab suspek mengambil barang milik mangsa seperti motosikal, telefon bimbit dan geran rumah. Kita perlu mengesahkannya," kata Ketua Polis Daerah Cimahi, AKBP Aldi Subartono ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cimahi, pada Rabu.

Mangsa merupakan pegawai atasan di sebuah agensi di bawah Kementerian Laut dan Perikanan di Kota Cimahi.

Jelas Aldi, setakat ini suspek mengaku pembunuhan yang dilakukannya bermotifkan perasaan tidak puas hati kerana mangsa tidak membayar gajinya selama dua hari bekerja berjumlah Rp300,000 (RM88.50).

"Kita masih menyiasat motif pembunuhan. Siasatan awal mendapati motifnya adalah marah, kecewa, kerana gajinya tidak dibayar selama dua hari," kata Aldi.

Suspek didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah berhubung pembunuhan dan berdepan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain