suria

Wanita bawa mayat bapa saudara ke bank untuk buat pinjaman

Rakaman CCTV memaparkan wanita tersebut membawa bapa saudaranya yang sudah meninggal dunia ke bank.

SEORANG wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia membawa mayat seorang lelaki tua, didakwa sebagai bapa saudaranya ke bank demi menandatangani surat pinjaman menggunakan nama lelaki tersebut.

Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita bernama

Erika de Souza Vieira Nunes, 42, dilihat membawa bapa saudaranya ke sebuah bank di Bangu, Rio de Janeiro dengan menggunakan kerusi roda.

Difahamkan wanita itu cuba membuat pinjaman sebanyak $3,400 (kira-kira lebih RM15,400).

Erika turut dilihat bercakap dengan bapa saudaranya yang jelas kelihatan pucat, bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada dia boleh mendengar malah beberapa kali cuba memegang kepalanya yang terlentok.

Menurut polis, sewaktu tiba di lokasi kejadian, pihaknya telah menahan wanita terbabit sebelum menghubungi ambulans dan mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia.

Polis juga berkata sedang menyiasat kes berkenaan dan memastikan pertalian hubungan kedua-dua individu tersebut. -TMZ

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain