suria

Tukang masak terkejut temui janin dalam bagasi, rupanya disorok isteri selepas alami keguguran

Janin tersebut dianggarkan berusia antara enam hingga sembilan bulan. -Gambar hiasan

SEORANG tukang masak di Bangkok, Thailand terkejut selepas menemui mayat janin di dalam bagasinya.

Sebelum penemuan tersebut, tukang masak bernama Chusak, ingin menggunakan beg pakaian yang disimpan di bawah meja solek di dalam biliknya.

Sebaik membukanya, dia menemui pakaian dan beg sampah yang disertai bau busuk seperti mayat yang mereput.

Disebabkan panik, Chusak segera menghubungi majikannya yang menasihatinya untuk mengambil gambar sebagai bukti sebelum memaklumkan kepada pihak keselamatan apartment dan polis.

Petugas perubatan dari Hospital Chulalongkorn serta pakar forensik tiba di tempat kejadian dan menemui mayat janin berusia antara enam dan sembilan bulan disembunyikan dalam beg pakaian tersebut.

Difahamkan Chusak, 41, telah menyewa apartmen berkenaan selama hampir setahun bersama isterinya, Panadda, sebelum wanita itu menghilangkan diri sekitar 20 Mac.

Chusak memaklumkan dia sama sekali tidak mengetahui isterinya hamil malah tidak mengesan sebarang perubahan pada wanita tersebut sebelum ini.

Polis membuat spekulasi bahawa Panadda mungkin keguguran dan disebabkan takut, dia menyembunyikan janin itu di dalam beg pakaian sebelum melarikan diri.

Polis kini sedang giat mencari Panadda bagi membantu siasatan. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain