PELURU berpandu dipercayai milik Israel dilaporkan mengenai sebuah tapak di bandar Isfahan, Iran. Menurut agensi berita tempatan, kedengaran letupan di sekitar lapangan terbang bandar Isfahan tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan. Turut kedengaran adalah sistem pertahanan udara Iran diaktifkan di beberapa buah bandarnya susulan serangan Israel. Serangan itu dipercayai merupakan tindak balas selepas Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke atas Israel pada Ahad lalu. Bagaimanapun kebanyakan dron dan peluru berpandu berjaya dipintas sebelum sampai ke wilayah Israel. Israel menerusi kenyataannya berkata ia akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran. Iran melancarkan serangan ke atas Israel pada mulanya sebagai respons berikutan pengeboman konsulatnya di Damsyik pada awal April lalu yang mengorbankan tujuh pegawainya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube