suria

Budak 10 tahun maut ditembak, keluarga dakwa pertikaian tanah ladang jadi punca

Mangsa maut selepas ditembak seorang lelaki.

POLIS sedang menjejaki lelaki bersenjata yang menembak mati seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di ladang kelapa sawit di wilayah selatan Krabi, Thailand.

Keluarga mangsa percaya tembakan itu bermotifkan pertikaian mengenai konsesi tanah.

Serangan berlaku di ladang kelapa sawit di Khao Panom, Krabi kira-kira pukul 8 malam, Rabu.

Mangsa, Neeranuch “Mai” Narkwong, 10, ditembak di belakang lehernya dan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Ibu saudara Mai berkata lelaki bersenjata itu melakukan jenayah seorang diri dan melarikan diri dari tempat kejadian dengan berjalan kaki kerana dia tidak mendengar bunyi enjin motosikal atau kereta.

Cerita wanita itu, Mai dan ibu bapanya berpindah ke pondok di ladang itu kira-kira enam hingga tujuh bulan sebelumnya.

Tanah di mana mereka tinggal adalah milik Jabatan Hutan Diraja dan keluarga Mai memegang konsesi untuk mengendalikan ladang sawit.

Memandangkan konsesi itu hampir tamat, keluarga Mai berdepan kemungkinan kehilangan mata pencarian.

Akibatnya, mereka kekal menetap di ladang itu dan berharap agar pegawai terlibat memperbaharui konsesi mereka.

Keluarga Mai percaya bahawa hal oitu mungkin menjadi motif di sebalik tembakan itu.

Pegawai Balai Polis Khao Panom masih belum menemui sebarang bukti kukuh untuk memastikan identiti lelaki bersenjata itu.

Pegawai menjangkakan pelaku tidak mempunyai niat membunuh dan hanya bertujuan untuk menakutkan keluarga Mai.

Polis juga bakal memanggil ibu bapa dan saudara mara Mai untuk disoal siasat. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain