suria

Insiden dihempap ‘forklift’ ubah hidup lelaki ini, akui tiada nafsu terhadap wanita selepas jadi cacat

Loren cekal meneruskan hidup walaupun dia cacat selepas terlibat kemalangan pada 2019.

SEORANG lelaki yang kehilangan sebahagian anggota tubuhnya gara-gara dihempap 'forklift' mengakui dia sudah tidak mempunyai nafsu terhadap wanita.

Menurut Loren Schauers, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan dia kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan kanan, malah bahagian kemaluannya juga tidak dapat diselamatkan.

"Saya dah tak mencuba untuk menarik perhatian sesiapa. Saya tak fikir mengenainya.

"Saya rasa agak bebas apabila saya kini tidak mempunyai nafsu terhadap wanita," ujarnya.

pasangan

Pasangan ini kerap berkongsi video kehidupan mereka menerusi YouTube.

Sejak kejadian ngeri itu, dia dan isterinya, Sabia, kerap menghasilkan video YouTube yang memaparkan kehidupan seharian mereka.

Terbaharu, pemuda itu turut berkongsi video ketika dia mendapatkan tatu baharu yang dicacah pada lengan kirinya.

Untuk rekod, Loren disahkan cacat selepas dia dihempap sebuah 'forklift' ketika sedang bekerja pada tahun 2019. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain