suria

Pembaca berita tak pakai coli, netizen tuduh stesen TV guna taktik kotor untuk tarik penonton

Tangkap layar video tular salah seorang pembaca berita di stesen TV berkenaan.

TINDAKAN empat pembaca berita wanita yang tidak memakai pakaian dalam ketika bersiaran mencetuskan kekecohan dalam kalangan penonton.

Malah, stesen televisyen (TV) di Albania itu didakwa sengaja menggunakan taktik berkenaan bagi meningkatkan jumlah tontonan siaran berita mereka.

Menerusi tangkap layar tular, empat pembaca berita wanita yang berbeza itu dilihat mengenakan pakaian yang mendedahkan sebahagian payudara mereka.

Lebih melucukan, penyampai yang berpakaian tidak masuk akal itu ditugaskan membaca berita penting seperti topik politik dan kejadian tergempar.

Video empat penyampai dikenali sebagai Greta, Enki, Flavia dan Fiona itu turut dikongsi menerusi YouTube stesen TV berkenaan.

Seorang pelayar X turut berkongsi tentang hal itu sehingga ia menjadi perbualan ramai.

"Pembaca berita Albania tidak pakai bra untuk tarik penonton," tulis individu itu.

"Saya rasa perbuatan ini tidak profesional. Ia tidak masuk akal," tulis netizen pula.

Difahamkan, ia merupakan kejadian lama, namun kembali menjadi perbualan selepas ditularkan semula di media sosial. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain