suria

Pantai dicemari najis manusia, penduduk setempat luah rasa bimbang untuk berenang

Pengunjung pastinya kecewa jika berlaku pencemaran di pantai kegemaran mereka. -Gambar hiasan

KOMUNITI pesisir pantai Romney Marsh di United Kingdom (UK) meluahkan rasa tidak puas hati apabila kawasan riadah mereka dicemari dengan najis manusia.

Dakwa penduduk setempat, pencemaran itu berlaku disebabkan tindakan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah syarikat yang membuang sisa kumbahan di kawasan pantai.

Menurut komuniti itu lagi, kawasan Littlestone dan St Mary's Bay di Kent turut dicemari dengan najis.

Ia menimbulkan kebimbangan untuk orang ramai berenang di pantai.

Malah, golongan peniaga juga risau pencemaran itu akan menjejaskan kehadiran pengungjung, sekali gus memberi kesan terhadap perniagaan mereka.

Kemarahan memuncak ketika mesyuarat awam baru-baru ini yang mana kira-kira 100 penduduk tempatan dan pemilik perniagaan meluahkan kekecewaan mereka terhadap situasi itu, lapor Express. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain