suria

3 beranak bikin kecoh! Selamba duduk seat penumpang lain, berlagak sombong

Penumpang sekeluarga didakwa mengambil tempat duduk penumpang lain. -Gambar hiasan

SATU keluarga didakwa selamba mengambil barisan tempat duduk penumpang lain, malah berlagak sombong di dalam satu penerbangan.

Menurut laporan Mirror, seorang penumpang wanita berkongsi di media sosial mengenai kejadian yang dialaminya ketika menaiki penerbangan untuk pergi bercuti.

Menurutnya, keluarga yang mengambil tempat duduknya tidak mempedulikan apa yang telah mereka lakukan.

Malah, mereka enggan 'memandang' ke arah penumpang yang sepatutnya duduk di tempat duduk berkenaan.

Menerusi perkongsian di forum Reddit, wanita itu menjelaskan mengenai kejadian yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penumpang diminta lepaskan seat kelas pertama, remaja mahu duduk dekat dengan keluarga

Walaupun menempah tempat duduk tertentu, namun katanya dia mendapati satu keluarga duduk di tempat duduk yang ditempahnya.

"Ada satu keluarga berada di tempat duduk kami. Orang tua tu pun tak pandang kami. Anak remaja perempuan remaja itu bercakap seperti menggumam bahawa dia sampai dahulu dan hanya duduk.

"Mereka berada di kerusi A-B-C kami. Mereka sepatutnya duduk D-E-F. Mereka jelas tidak berganjak, dan tempat duduk adalah sama jadi kami hanya duduk di kerusi D-E-F mereka," katanya.

Sehinggalah si ibu yang pada mulanya tak mahu tengok penumpang wanita itu bersama yang lain akhirnya tampil bertanya sama ada USB dan kemudian lain di tempat duduknya berfungsi atau tidak.

Ini kerana kemudahan yang dipasang di tempat duduk 'baharu' mereka mengalami masalah ketika penerbangan.

"Ya, boleh berfungsi. 'Tempat duduk' awak bermasalah ya? Bukankah itu memalukan? Terutamanya ia adalah penerbangan yang panjang, saya bayangkan bateri (peranti) yang digunakan semakin lemah.' Hello Karma!" ujarnya lagi. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain