suria

Wanita sarat hamil 8 bulan cemas! Suami tergamak simbah petrol, kejar nak bakar

Seorang suami menyimbah petrol pada isterinya. -Foto eva.vn

SEORANG suami tergamak menyimbah petrol sebelum membakar isterinya yang sedang hamil lapan bulan.

Kejadian berlaku di wilayah Dak Lak, Vietnam.

Menurut Jabatan Siasatan Polis Dak Lak, pihaknya baru menerima kes berhubung kejadian.

Menurut siasatan awal, pasangan suami isteri itu menetap di daerah Krong Nang, di wilayah Dak Lak.

Pasangan tersebut sering bertengkar gara-gara si suami sering mabuk pada lewat malam.

Insiden berlaku apabila mangsa mahu bersemuka dengan suaminya sebelum pertengkaran.

Suspek yang hilang kawal kemudian mengambil bekas berisi petrol daripada motosikalnya sebelum menyimbahnya ke atas mangsa.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa melarikan diri dan suspek terus mengejarnya dan menyalakan api untuk membakar isterinya.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di wajah, telinga, leher dan telinganya.

Kes tersebut dalam siasatan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain