PERASAAN amarah yang mengatasi kewarasan akal pasti akan membawa padah. Begitulah kisahnya apabila seorang menantu lelaki tergamak membakar rumah mentua selepas berlaku pertengkaran antara dia dengan isterinya. Kejadian dilaporkan terjadi di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia pada Jumaat sekitar pukul 2.13 pagi waktu tempatan. Menerusi rakaman itu, suspek dilihat menyimbah petrol pada kediaman mangsa lalu menyalakan api sebelum meninggalkan tempat kejadian. Api yang kemudian marak dapat segera dipadamkan oleh pemilik rumah, namun kebakaran itu menyebabkan meja dan dinding hadapan kediaman rosak. Pegawai polis tempatan, Muhammad Idris berkata, mangsa sudah membuat laporan di balai polis. “Pemilik rumah sudah membuat laporan polis. Kami juga berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes seperti ini jatuh dalam klasifikasi jenayah,” kata Idris. Menurutnya, polis masih memburu suspek kes tersebut. - Tribunnews.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube