suria

Buat rawatan laser untuk buang bulu, wanita dakwa alami jangkitan pada kemaluan

Mangsa membuat aduan kerana mendakwa klinik itu enggan menanggung kos rawatannya di hospital.

SEORANG wanita Thailand menyelar sebuah klinik kecantikan di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok kerana menyebabkan jangkitan pada farajnya selepas dia menjalani proses pembuangan bulu menggunakan laser.

Mangsa, seorang wanita berusia 36 tahun bernama Saowaluck meminta bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Saimai Survive untuk mendapatkan keadilan.

Menerusi sidang media pada 24 April, Saowaluck berkata prosedur membuang bulu menggunakan laser di klinik yang tidak dinamakan itu menyebabkan kesakitan teruk yang kemudiannya membawa kepada jangkitan.

Menurut Saowaluck, farajnya mengalami lepuh yang dijangkiti akibat prosedur itu, menyebabkan dia dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk rawatan.

Menurut mangsa, klinik kecantikan itu berjanji untuk membayar kos perubatannya.

Namun, mereka mungkir janji, menyebabkan wanita itu kecewa dan mahu mendapatkan keadilan buat dirinya.

Ketika sidang media, Saowaluck dilaporkan pengsan akibat gejala kemurungan dan panik, yang didakwanya berlaku apabila dia mengalami tekanan.

Isu itu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Pathum Thani.

Pejabat itu berjanji untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas klinik berkenaan. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain