SEORANG pelancong lelaki warga emas diserang ikan yu berhampiran Hotel Starfish di Courland Bay, pantai utara Tobago pada pagi Jumaat lalu. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang bercuti bersama isteri dan juga rakan-rakannya. Mereka dikatakan sudah merancang untuk pulang sebelum berlakunya kejadian, kata Ketua Setiausaha Hotel Starfish, Farley Augustine melalui satu kenyataan di Facebook. Pelancong yang berasal dari Hertfordshire, United Kingdom itu mengalami kecederaan pada tangan kiri, paha kira dan juga abdomennya. Ikan yu tersebut digambarkan berukuran antara lapan hingga sepuluh kaki panjangnya. -Foto Getty images Kejadian itu menyebabkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambungkan semula jarinya yang terputus susulan pergelutan dalam insiden ngeri terbabit. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dipantau di Unit Rawatan Rapi Umum, Scarborough, United Kingdom Walaupun terdapat luka signifikan yang tidak dapat dirawat, namun pihak hospital akan cuba sebaiknya. Menurut laporan terbaharu, jari lelaki berkenaan sudah berjaya disambungkan semula dan doktor berharap penyambungan itu tidak mempunyai sebarang komplikasi Tambah mereka luka pada bahagian kaki pula terlalu besar dan memerlukan rawatan yang teliti. Pihak Majlis Tobago memberi gambaran ikan yu yang menyerang tersebut berukuran antara lapan hingga 10 kaki panjang dan dua kaki lebar. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube