suria

Menarik! Aiskrim perisa seluar jeans diperkenalkan, netizen dedah rasa aneh

Aiskrim perisa seluar jeans yang menjadi tular di media sosial.

BERMACAM idea yang boleh dikeluarkan untuk melariskan sesebuah jualan.

Pada minggu lalu tular di media sosial mendedahkan kewujudan aiskrim berperisa seluar jeans di Jepun,

Fenomena aiskrim jean itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-rata beranggapan ia sebagai cubaan yang unik dan kreatif.

Sementara itu, sebilangan netizen lain pula dilihat bersemangat untuk mencuba perasa yang luar biasa itu.

Video viral tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok di akaun @taetaetots.

Dalam video itu, penguna tersebut menunjukkan dirinya memegang kon wafel yang diisi dengan pusaran aiskrim biru.

Video itu menerima lebih 2.6 juta tontonan sehingga kini, malah ramai netizen meninggalkan komen ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perisa aiskrim unik itu.

“Baunya seperti jean segar di kedai. Ya, saya mahu cuba makan itu.

“Saya pernah cuba menghisap seluar jean ketika berumur lima tahun. Mungkin menu ini (aiskrim) untuk saya,” kata sebahagian warga maya. - Liputan6

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain