suria

Pengantin lelaki kahwin atas katil hospital, tenang lafaz akad nikah walau sedang lemah

Acara akad nikah di bilik hospital yang berjalan dengan lancar.

JIKA sudah jodoh, tiada apa yang mampu menghalang.

Begitulah kisahnya apabila sepasang pengantin dilaporkan selamat diijab kabulkan dalam satu majlis ringkas di hospital.

Difahamkan pengantin lelaki itu baru selesai menjalani pembedahan apabila mereka dinikahkan.

Pembedahan itu dijalankan susulan pengantin lelaki berkenaan terlibat dalam kemalangan beberapa hari sebelum majlis.

Kecederaan yang dialami lelaki tersebut agak serius dan harus dirawat sesegera mungkin.

Namun kerana enggan menangguhkan perkahwinan, pasangan mempelai itu nekad meneruskan pernikahan ketika pengantin lelaki masih dirawat di hospital.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, pengantin lelaki terbabit dilihat terbaring lemah di atas katil hospital sambil diselimuti kain berwarna hijau.

Turut muncul dalam video tersebut adalah pengantin perempuan, penghulu dan beberapa ahli keluarga mereka.

Sambil berbaring, pengantin lelaki itu menggenggam tangan wali pengantin perempuan untuk dinikahkan.

Meskipun berada dalam keadaan lemah kerana baru selesai pembedahan, pengantin lelaki itu melafazkan akad nikah dengan lancar dan mereka disahkan sebagai suami isteri. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain