suria

Misteri panggilan tidak berjawab, rupanya pelajar IPT gantung diri selepas bertengkar dengan ibu

Seorang pelajar universiti ditemukan maut gantung diri. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar ditemukan mati dipercayai menggantung diri di rumah sewanya.

Mangsa berusia 22 tahun itu ditemukan maut dalam kejadian di Banjarmasin Barat, Banjarmasin, Kalimantan Selatan di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Banjarmasin Barat, Pesuruhjaya Polis Aris Munandar berkata, mangsa merupakan pelajar di sebuah universiti di Banjarmasin yang berasal dari Kabupaten Barito Timur, Kalimantan Tengah.

Beliau berkata, difahamkan mangsa terlibat dalam pertengkaran dengan ibunya dan disyaki menjadi punca mangsa nekad menamatkan nyawanya dengan menggantung diri.

"Menurut maklumat ibu mangsa, berlaku pertengkaran dengan mangsa," kata Aris kepada pemberita, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 17 tahun nekad gantung diri, sehari sebelum ambil nyawa sempat mengadu masalah pada ibu

Selepas bertengkar dengan ibunya, mangsa kemudian sukar untuk dihubungi.

Teman wanita mangsa diminta menghubungi mangsa, sebelum pergi rumah sewa mangsa tetapi pintu tidak dibuka selepas diketuk beberapa kali.

Jelasnya lagi, teman wanita mangsa kemudian menghubungi saudara-mara mangsa sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tergantung selepas pintu rumah dipecahkan.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur keganasan," kata Aris.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam.

Jika anda mempunyai masalah, jangan bertindak di luar kawalan. Anda tidak bersendirian, khidmat kaunseling mampu meringankan beban dan meredakan tekanan anda serta membantu mencari jalan penyelesaian. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain