suria

Ahli perniagaan bunuh diri kerana kanser, wasiatkan hartanah bernilai RM12 juta kepada bibik setia

Majikan sempat tinggalkan harta kepada pembantu rumah sebelum bunuh diri. - Foto (Khaosod)

SEORANG ahli perniagaan berusia 59 tahun menamatkan riwayat hidupnya menggunakan senjata api berhampiran kolam di vila mewahnya di Koh Samui, Thailand.

Namun sebelum kematiannya, ahli perniagaan bernama Catherine itu sempat mewasiatkan seluruh hartanya bernilai 100 juta baht (RM12,875,400) kepada pembantu rumahnya yang setia.

Kematian Catherine kekal misteri kerana kamera CCTV di lokasi kejadian seolah-olah disabotaj untuk mengaburi detik kematiannya, sekali gus meninggalkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab.

Justeru, pihak polis beranggapan penyakit kanser yang dihadapi Catherine sebagai kemungkinan kepada punca keputusannya untuk bunuh diri.

Untuk makluman, bisnes hartanah usahawan tersebut berkembang maju daripada perkhidmatan menyewa bilik kepada resort dan vila.

Sementara itu dalam satu temu bual, pembantu rumah Catherine yang dikenali sebagai Tim mendedahkan dia sudah mengenali majikannya sejak 17 tahun lalu.

Kemudian, usahawan itu membeli tanah di Koh Samui untuk membangunkan lima vila bersama bekas suami, termasuk yang didiaminya sejak 12 tahun lalu.

Tim masih belum membuat keputusan tentang masa depan vila itu tetapi dia tidak akan menjualnya, mahupun kereta mewah yang telah dihadiahkan kepadanya.

Motif di sebalik tindakan bunuh diri Catherine dianggap sebagai keputusan mengakhiri kanser, kerana dia sering menceritakan kepada Tim tentang penderitaannya.

Dalam mesej terakhir yang ditulis dalam bahasa Perancis, Catherine menyatakan kepercayaannya terhadap kejujuran Tim mengatur harta pusaka dan permintaan peribadinya.

Mesej itu juga termasuk arahan untuk memaklumkan kepada rakan dan saudara maranya di Perancis tentang kematiannya. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain