suria

Berdebar sebelum akad nikah, pengantin tulis 'skrip' lafaz pada tapak tangan

Gelagat seorang pengantin lelaki yang mencuit hati.

PASTINYA momen mendebarkan apabila menjadikan wanita pilihan hati seorang isteri yang sah.

Apatah lagi ketika proses ijab kabul, kerana pada saat itu diri ini menjadi tumpuan dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang hadir memeriahkan majlis.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki bertindak menulis lafaz akad nikah pada tapak tangan sebagai tempat rujukan, bimbang tersasul ekoran daripada rasa gugup.

Menerusi video yang tular di laman TikTok, detik yang penuh gemuruh itu memperlihatkan pengantin lelaki tersebut sedang duduk sambil menadah tangan berdoa.

Kelihatan pada tangannya tertulis bacaan lafaz iaitu 'saya terima nikahnya...' berserta nama pasangan dan mas kahwin yang dipersetujui.

Menjengah ke ruangan komen, pendekatan itu diterima baik oleh rata-rata warga maya yang memahami situasi pengantin lelaki tersebut.

"Kadang tu waktu tengah gementar, semua benda yang penting kita boleh lupa. Habis kucar-kacir jadinya, bagus juga untuk tulis dekat tangan macam ni.

"Lagi-lagi kalau ada bapa mentua dekat depan," kata warga maya berseloroh. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain