suria

Buat aksi lucah di kawasan pantai, ‘content creator’ dipanggil polis... Kena bayar denda RM255

Wanita ini didenda oleh polis selepas melakukan kelucahan di tempat awam.

SEORANG pencipta kandungan didenda oleh polis Thailand kerana melakukan aksi tidak senonoh di kawasan Pantai Bangsaen yang popular di wilayah Chon Buri.

Menerusi video tular, wanita yang popular menerusi platform OnlyFans itu dilihat melakukan aksi seksual dengan seorang peminat lelaki.

Wanita itu menyelak skirt yang dipakainya sebelum dihampiri seorang peminat lelaki.

Mereka kemudiannya melakukan aksi seksual sebelum lelaki itu mendedahkan kemaluannya, lapor Sanook.

Ia dirakam pada November dan Disember tahun lalu, namun baru sahaja tular dalam kalangan pengguna media sosial.

Pada 4 Mei, penyiasat di Balai Polis Saensuk, Leftenan Kolonel Polis Prayong Sriwipan, memanggil wanita itu untuk melakukan proses pengecaman.

Wanita dikenali sebagai Natch, 26, itu akhirnya berdepan dengan pertuduhan berkaitan kelucahan awam dan didenda AS$54 (RM255.93). - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain