suria

Pengantin perempuan menangis teresak-esak lalu pengsan, sukar terima hakikat kahwin suami lebih tua

Tangkap layar video memaparkan pengantin perempuan dalam keadaan lemah.

PASTINYA satu mimpi ngeri apabila rumah tangga yang dibina merupakan satu paksaan dan bukan atas pilihan diri sendiri.

Begitulah kisahnya melalui satu video tular di media sosial apabila seorang pengantin perempuan menangis sehingga pengsan ketika majlis perkahwinannya di Lombok, Indonesia.

Berdasarkan maklumat warga tempatan, dipercayai pengantin berkenaan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berusia 35 tahun lebih tua daripadanya.

Menerusi rakaman itu, dapat diperhatikan wanita tersebut berjalan ke arah pelamin dalam keadaan lemah.

Raut wajahnya juga kelihatan sedih, seolah-olah enggan menerima perkahwinan itu.

Dia kemudian pengsan sebelum dibantu oleh penduduk dan tetamu undangan.

Rakaman yang dimuat naik ke platform Instagram menjadi tular dengan rata-rata pelayar beranggapan perkahwinan tersebut adalah satu paksaan.

“Dah macam dalam drama televisyen, ada perkahwinan yang diatur,” tulis sebahagian warga maya. - Disway ID

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain