suria

Pemuda tergamak robohkan rumah ibu dengan ‘bulldozer’, tak puas hati urusan pembahagian harta pusaka

Rumah milik ibu pemuda berkenaan yang ranap selepas dirobohkan menggunakan 'bulldozer'. -Foto Istimewa/DetikJatim

SEORANG pemuda tergamak merobohkan rumah yang didiami ibunya dengan menggunakan jentolak berat (bulldozer) ekoran kecewa dengan pembahagian harta pusaka.

Difahamkan rumah tersebut yang terletak di Desa Karanganyar, daerah Malang, Indonesia didiami oleh ibu pemuda tersebut yang bernama Sugiati, 43, bersama suami baharunya.

Sugiati mendedahkan anak sulungnya, Khoirul Ramadani, 23, pernah hadir ke rumahnya pada penghujung April lalu untuk menuntut harta pusaka hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu, Yono Mitro.

Sugiati dan Yono Mitro sudah bercerai dan sejak 2008, Khoirul menetap bersama bekas suaminya itu di Pagelaran.

Wanita tersebut telah berkahwin baharu dan dikurniakan seorang anak perempuan.

"Saya menawarkan rumah itu untuk dijual dan saya akan memberikannya 50 juta rupiah (RM14,688) hasil jualan itu. Tapi perlu dibahagi dua denbgan adiknya. Tetapi anak saya (Khoirul) tidak mahu," kata Sugiati.

Mengakui sedih dengan tindakan anak lelakinya itu, Sugiati mengakui dia pasrah walaupun terpaksa melihat rumah yang didiaminya musnah dan ranap.

Dia kini terpaksa menumpang di rumah adiknya buat sementara waktu. -DetikJatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain