suria

Tolak cinta kenalan sekolah, wanita diganggu dengan gambar lucah selama 10 tahun... Dah ‘block’ lebih 440 akaun media sosial!

Mangsa gangguan seksual lazimnya akan mengalami trauma untuk jangka masa lama. -Gambar hiasan

GARA-GARA cintanya tidak dibalas wanita idaman, seorang lelaki dari Surabaya, Indonesia bertindak mengganggu mangsa dengan menghantar gambar-gambar berunsur lucah kepadanya.

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai NR, gangguan berkenaan dideritai sejak 10 tahun lalu.

Menurut NR, lelaki berkenaan, yang dinamakan sebagai AP, merupakan kenalan dari sekolah menengahnya.

Ujarnya, gambar-gambar lucah tersebut ada yang dihantar kepadanya melalui Direct Message (DM) dan ada juga yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Malah kata wanita itu lagi, AP telah mencipta ratusan akaun media sosial untuk mengganggunya.

"Beratus-ratus akaun, dia buat saya 'block', kemudian dia buat lagi. Berterusan begitu. Jumlah akaun yang saya block lebih kurang 440," katanya.

Apa yang membimbangkan kata NR, AP pernah menghantar mesej ugutan bunuh kepada kenalan lelaki yang rapat dengannya.

Disebabkan tidak tahan diganggu hampir 10 tahun, NR akhirnya nekad melaporkan kejadian tersebut kepada Unit Jenayah Siber, Polis Daerah Jawa Timur.

Sementara itu, Ketua Unit Jenayah Siber, Charles P Tampubolon yang mengesahkan menerima laporan mangsa berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku kes berkenaan.

Dalam pada itu, NR berkongsi pengalaman hitamnya di akaun X yang dimuat naik pada hari Rabu lalu.

Ciapannya turut menjadi tular di media sosial. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain