suria

Bapa melutut selepas ditengking, mohon maaf sebab tak mampu beli iPhone untuk anak

Seorang gadis memarahi bapanya di tempat terbuka. -Gambar hiasan (kiri)

SEORANG gadis sanggup memalukan bapa kandungnya di khalayak ramai hanya kerana tidak mampu membelikan telefon pintar jenama iPhone untuknya.

Menurut laporan kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pejalan kaki bernama Zhong yang sedang bersiar-siar di sekitar Taiyuan, di wilayah Shanxi, China, pada 4 Mei lalu.

Jelas Zhong, perbualan kedua-dua beranak itu sangat kuat sehingga dia dapat mendengar dengan jelas.

Menerusi video yang diambil, gadis tersebut dilihat menjerit sambil menghina bapanya disebabkan lelaki itu tidak dapat memenuhi permintaannya untuk memiliki sebuah iPhone seperti rakan sebaya yang lain.

Akibat dilontarkan hinaan yang tidak henti-henti, si bapa kemudian dilihat melutut sambil menggelengkan kepala meminta maaf kepada anaknya dan menyalahkan dirinya kerana gagal menunaikan permintaan tersebut,.

Bagaimanapun gadis tersebut bertindak memarahi dan menarik baju bapanya kerana menganggap perbuatan itu memalukan.

Zhong kemudian berkongsi video aksi dua beranak itu di laman sosial miliknya, sekali gus menyaksikan rata-rata warga maya mengecam gadis berkenaan.

Malah ada juga yang mengkritik ketidakupayaan si bapa untuk mendidik anak perempuannya dengan betul.

Kini video itu tular di media sosial di China, dengan meraihkan lebih 91 juta jumlah tontonan di Weibo dan enam juta jumah tontonan di Douyin. -SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan