DI sebalik kesakitan melampau yang dialami, seorang wanita berkata dia sekali lagi akan menjalani prosedur bagi membuat tatu pada bola matanya. Menurut Amber Luke, prosedur mencacah tatu yang dilakukan tujuh tahun lalu menyebabkan dia hilang penglihatan selama tiga minggu. "Saya pernah buta selama tiga minggu semasa pengubahsuaian badan pertama saya. "Itu adalah penderitaan yang paling kejam dan menyeksakan bagi saya. "Saya telah tunggu tujuh tahun untuk menyelesaikan apa yang saya idamkan sebelum ini," ujar wanita Australia itu. Menurut Amber, dia meletakkan sepenuh kepercayaan buat rakannya yang juga seorang artis tatu untuk prosedur akan datang. Untuk rekod, Amber pernah membelanjakan sebanyak £144,000 (RM835,891) untuk membuat tatu dan melakukan pengubahsuaian badan. -Daily star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube