suria

Penumpang umur 73 tahun maut dalam penerbangan Singapore Airlines, tercampak akibat gelora udara

Seorang penumpang Singapore Airlines maut akibat gelora udara. -Foto Kevin Lim/AP

SEORANG lelaki warga Britain berusia 73 tahun meninggal dunia pada Selasa selepas penerbangan Singapore Airlines yang dinaikinya mengalami gelora udara.

Dalam sidang akhbar, Kittipong Kittikachorn, pengurus besar Lapangan Terbang Suvarnabhumi berkata tujuh orang penumpang turut cedera parah.

Penumpang berkata pesawat itu tiba-tiba menurun di udara, menyebabkan penumpang dan objek tercampak di sekeliling kabin.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang Singapore Airlines maut selepas pesawat dilanda gelora udara

Terdahulu, media melaporkan seorang penumpang Singapore Airlines maut selepas pesawat dari London itu dilecongkan ke Bangkok akibat gelora udara.

Penerbangan itu mendarat di Bangkok pada pukul 3.45 petang.

Seramai 211 penumpang dan 18 anak kapal berada di dalam pesawat itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain