suria

Penumpang Singapore Airlines maut selepas pesawat dilanda gelora udara

Seorang penumpang Singapore Airlines maut akibat gelora udara. Foto Kevin Lim/AP

SEORANG penumpang Singapore Airlines maut selepas pesawat yang dinaikinya dilanda gelora udara, kata syarikat penerbangan itu pada Selasa.

Pesawat dari London itu dilecongkan ke Bangkok, ujar Singapore Airlines menerusi Facebook.

Penerbangan itu mendarat di Bangkok pada pukul 3.45 petang.

Beberapa penumpang turut cedera akibat kejadian berkenaan.

Namun, Singapore Airlines tidak memaklumkan secara terperinci tentang jumlah mangsa yang cedera.

Seramai 211 penumpang dan 18 anak kapal berada di dalam pesawat itu.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan, dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan," kata syarikat itu lagi. - CNN.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain