suria

Mayat gadis separuh bogel ditemukan dalam masjid, wajah mangsa hancur dipukul dengan batu

SEORANG gadis dibunuh pada petang Ahad di dalam premis sebuah masjid berhampiran Pintu Timur Taj Mahal, Agra, India.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) City, Suraj Rai berkata, mayat gadis dalam keadaan separuh bogel itu ditemukan terbaring oleh para jemaah kira-kira pukul 2.45 petang.

Difahamkan mangsa dibunuh selepas dirogol.

"Untuk menyembunyikan identiti gadis itu, mukanya ditumbuk dengan batu,” tambah pegawai itu.

Dia berkata gadis itu dibunuh di masjid yang terletak di jalan Nagla-Paima dalam bidang kuasa balai polis Tajganj.

DCP City Suraj Rai berkata, identiti gadis itu masih belum dapat dipastikan dan umurnya dalam lingkungan 25 dan 26 tahun.

"Pasukan forensik mengumpul semua bukti dari tempat kejadian. Seiring dengan itu, sepasukan polis dikerahkan untuk mencari suspek.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti untuk mencari dan mengenal pasti pelaku," tambah pegawai kanan polis itu.

Katanya, mayat mangsa juga akan dihantar untuk bedah siasat. - ETV Bharat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain