SEORANG lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Belfast Crown pada Isnin atas tuduhan membunuh isterinya dengan tukul. Tertuduh, Gary Alexander Baird, 64, mengaku membunuh isterinya, Susan Baird yang berusia 60 tahun di rumah mereka di Belfast pada Ogos 2020. Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala yang teruk selepas diserang dengan tukul. Susulan itu Baird direman semula ke dalam tahanan sementara menanti hukuman yang akan dijatuhkan pada 8 Julai. Menjelang hukuman itu, bukti psikiatri juga akan dipertimbangkan. ARTIKEL BERKAITAN: Mayat gadis separuh bogel ditemukan dalam masjid, wajah mangsa hancur dipukul dengan batu Untuk rekod, Baird menghubungi talian 999 pada 16 Ogos 2020 selepas dia membunuh isterinya. Polis kemudiannya bergegas ke kediaman itu sebelum melihat mangsa yang terbaring di atas sofa. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Baird, yang merupakan bekas pengawal keselamatan BBC, berkata "suara dalam kepala saya menyuruh saya melakukannya". - BBC. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube