suria

Ibu tikam anak menganggur, sakit hati duit dan handphone asyik kena ‘rembat’

Kerana wang, ramai yang hilang pertimbangan hingga sanggup membunuh -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 53 tahun di Berau, Kalimantan Timur, Indonesia nekad membunuh anak lelakinya gara-gara sakit hati ekoran mangsa tidak bekerja.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Berau, Inspektor Suradi, mangsa yang berusia 29 tahun dibunuh ketika sedang tidur di biliknya.

Katanya, wanita warga emas itu memberitahu polis bahawa dia menemui mayat anak lelakinya itu ketika melalui bilik mangsa.

Namun selepas beberapa siri siasatan didapati wanita tersebut adalah suspek kes pembunuhan berkenaan.

Jelas Suradi, suspek turut dibantu oleh seorang lagi anaknya yang berusia 22 tahun.

"Ketika kejadian, dua pelaku ini berada di tempat kejadian. Selepas disoal siasat mendalam, kedua-duanya mengakui perbuatan mereka.

"Adiknya menindih tubuh mangsa, manakala ibunya menikam leher mangsa sebanyak dua kali menggunakan pisau," jelasnya.

"Kedua-dua suspek sering bertengkar dengan mangsa kerana tidak mempunyai pekerjaan dan selalu mengambil wang si ibu dan menggunakan telefon bimbitnya sesuka hati," ujarnya. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain