suria

Bangunan 2 tingkat tepi pantai tiba-tiba runtuh... 4 maut, 16 mangsa cedera

Bangunan yang runtuh menyebabkan empat individu maut. - Foto: AFP via Getty Images

EMPAT individu maut manakala 16 lagi cedera selepas sebuah bangunan dua tingkat runtuh di pulau Majorca Sepanyol.

Insiden itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.30 malam, Khamis.

Bangunan itu menempatkan Medusa Beach Club, sebuah restoran tepi pantai di Cartago Street di ibu kota wilayah Palma de Majorca

Pasukan perkhidmatan kecemasan tempatan berkata, beberapa mangsa dipercayai terperangkap di bawah tapak bangunan itu.

Antara mangsa terlibat adalah pelanggan dan kakitangan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.- BBC.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain