suria

Lelaki warga emas ditahan polis, pukul isteri dengan kulit pisang

Lelaki berkenaan didakwa memukul isterinya menggunakan kulit pisang. -Gambar hiasan

POLIS di Kurate, Fukuoka, Jepun menahan seorang lelaki berusia 59 tahun bagi membantu siasatan selepas isterinya yang berusia 62 tahun membuat laporan bahawa dia dipukul menggunakan kulit pisang oleh suaminya itu.

Kejadian berlaku pada malam 17 Mei lalu di kediaman pasangan berkenaan.

Menurut mangsa, kejadian bermula apabila suaminya mahu membuat aduan mengenai kereta jiran yang diparkir di kawasan kediaman mereka.

Dia bertindak untuk menghalang perbuatan suaminya itu dan perkara tersebut membuatkan lelaki berkenaan marah.

Ujarnya, suaminya yang sedang mabuk bertindak menghinanya sebelum memukul kepalanya menggunakan kulit pisang.

Menurut polis, lelaki berkenaan mengaku memukul isterinya dengan kulit pisang dan mempertikaikan sama ada ia adalah keganasan rumah tangga.

Seorang pegawai polis kemudian memberitahu lelaki itu, "Tidak kira apa objek sekali pun, memukul seseorang adalah serangan. Serangan adalah serangan."

Dilaporkan, polis telah membebaskan lelaki berkenaan dengan ikat jamin namun tetap meneruskan siasatan. -VNExpress

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain