SEPERTI adegan dalam filem! Itulah yang boleh digambarkan dengan situasi kekecohan di sebuah hospital apabila kereta peronda polis 'merempuh' masuk wad kecemasan untuk memberkas seorang jururawat lelaki yang didakwa mencabul doktor wanita. Kejadian berkenaan berlaku di All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), Uttarakhand, India pada minggu lalu. Dilaporkan, jururawat yang dikenali sebagai Satish Kumar, didakwa mencabul seorang doktor wanita pada 19 Mei lalu. Dia berdepan dengan tindakan tata tertib penggantungan tugas serta-merta ekoran dakwaan salah laku tersebut. Sementara itu, video ketika kereta peronda polis jenis SUV 'merempuh' masuk wad kecemasan menjadi tular di media sosial. Menerusi video tersebut, kelihatan kenderaan polis tersebut melalui laluan di tengah wad yang ketika itu sesak dengan katil pesakit pada bahagian kiri dan kanan. Beberapa pengawal keselamatan juga dilihat berada di hadapan bagi membuka laluan untuk SUV tersebut. -India.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube