suria

Menyayat hati... Tujuh bayi maut selepas bangunan hospital musnah dijilat api

Bangunan New Born Baby Care Hospital di New Delhi musnah dijilat api. -Foto ANI

SEKURANG-KURANGNYA tujuh bayi maut selepas bangunan sebuah hospital kanak-kanak di New Delhi, India, musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada malam Sabtu.

Menurut polis, terdapat 12 bayi ditempatkan di New Born Baby Care Hospital ketika kejadian.

Sementara itu, kata polis, lima bayi yang terselamat dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan lanjut.

Polis menambah pemilik hospital berkenaan bakal didakwa di bawah seksyen 336 (membahayakan nyawa serta keselamatan diri orang lain), 304A (kematian kerana kecuaian) dan 34 (aktiviti jenayah)

Difahamkan, pemilik fasiliti kesihatan tersebut melarikan diri susulan insiden berkenaan.

Dalam pada itu, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan dari bangunan bersebelahan hospital, yang turut dijilat api.

Ketua Perkhidmatan Bomba Delhi, Atul Garg berkata, letupan silinder oksigen berkemungkinan menjadi punca kebakaran. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan