suria

Lelaki bunuh bekas isteri selepas buat hubungan seks dalam rumah kosong, mahkamah jatuh hukum penjara 14 tahun

Wiwik maut selepas dicekik suaminya.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah kisahnya tentang seorang lelaki Indonesia dikenali sebagai Ali Muddin yang tergamak mencekik bekas isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia.

Pembunuhan itu berlaku pada tahun 2021, namun ia diceritakan semula sebagai pengajaran untuk masyarakat.

Dalam peristiwa itu, mangsa yang dikenali sebagai Wiwik Lestari telah bercerai dengan Ali, namun sering berjumpa untuk urusan dua anak mereka.

Menerusi pertemuan di Kampung Sukorejo, Gondanglegi, Malang pada 3 Jun 2021, Ali membawa Wiwik ke sebuah pasar untuk membeli barangan keperluan anak-anak.

Kemudiannya, Ali membawa Wiwik ke sebuah rumah kosong milik bapa suadaranya sebelum mereka melakukan hubungan seks.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa alami keguguran, wanita bunuh kawan untuk culik bayi baru lahir... Ambil peluang sebab hamil serentak!

Pasangan itu juga sempat berborak selepas mereka selesai melakukan hubungan seks.

Ali bertanya kepada Wiwik tentang kekasihnya, namun wanita itu enggan memberi jawapan.

Perbualan itu akhirnya membawa kepada perbahalan sebelum Ali mencekik leher Wiwik selama beberapa minit, menyebabkan wanita itu rebah dan meninggal dunia.

Ali yang panik kemudiannya keluar dari rumah dan mengaku kepada abangnya bahawa dia telah membunuh Wiwik.

Mendengar pengakuan itu, abangnya menasihati Ali supaya menyerahkan diri kepada polis.

Penduduk kampung turut terkejut kerana sebilangan pegawai datang ke lokasi kejadian.

Polis segera menjalankan siasatan di tempat kejadian dan memindahkan mayat Wiwik ke Hospital Wilayah Kanjuruhan.

Akhirnya pada 27 Oktober 2021, panel hakim di Mahkamah Kepanjen menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kepada Ali.- Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain