SEORANG wanita Houston dihukum penjara 40 tahun selepas dia membunuh seorang rakan untuk menculik bayinya yang berusia enam minggu. Erika Miranda-Alvarez, 35, mengaku bersalah kerana menikam maut Carolina Flores, 33, dalam rancangan jahatnya untuk menculik bayi pada tahun 2017. Pelaku berkawan rapat dengan mangsa dan keluarganya selama beberapa tahun. Malah, kedua-duanya hamil pada masa yang sama sebelum Miranda-Alvarez mengalami keguguran, menyebabkan dia merancang serangan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Laluan berlubang lambat dibaiki, ketua polis turap jalan sendiri... Risau ramai jadi mangsa kemalangan Miranda-Alvarez merahsiakan tentang kegugurannya dan memberitahu Flores dia telah bersalin di sebuah hospital. Selepas enam minggu Flores melahirkan bayinya, Miranda-Alvarez melakukan serangan berkenaan sehingga mangsa meninggal dunia. Selepas menikam Flores hingga mati, ahli keluarga menemukan mayatnya di sebuah apartmen pada 19 Disember 2017, tetapi menyedari bayinya hilang. Pihak berkuasa melancarkan operasi pencarian besar-besaran selama dua hari sebelum ditemukan di pangsapuri Miranda-Alvarez. Dalam serbuan itu, Miranda-Alvarez turut ditahan oleh pihak berkuasa. - Daily Mail. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube