suria

Bunuh bekas kekasih beberapa jam lepas putus cinta, lelaki sado dipenjara 31 tahun

Lindemann dijatuhkan hukuman 30 tahun dipenjara namun layak menerima parol selepas 25 tahun. -Gambar hiasan

SEORANG ahli bina badan dijatuhkan hukuman penjara selama 31 tahun selepas dia didapati bersalah membunuh bekas kekasihnya.

Menerusi perbicaraan di mahkamah pada Rabu lalu, tertuduh Sven Lindemann didakwa melakukan kesalahan itu beberapa jam selepas dia memutuskan hubungan dengan mangsa, Monique Lezsak pada Mei 2023.

Menurut laporan, lelaki berusia 52 tahun itu menikam Lezsak sebanyak 17 kali dengan menggunakan enam pisau berbeza serta mencekik dan menyeretnya ke dalam rumah.

Anak perempuan Lezsak, yang dikenali dengan nama samaran Lily turut menjadi saksi kejadian selepas mendengar jeritan ibunya.

Bagaimanapun, Lily turut mengalami lima luka ketika cuba menghalang tertuduh dengan menendangnya dan menarik keluar pisau daripada tangannya.

Hakim mahkamah tinggi, Elizabeth Hollingworth berkata kejadian yang berlaku jelas menunjukkan Lindemann didorong oleh kemarahan, cemburu dan rasa layak untuk melakukan pembunuhan.

Namun hakim menetapkan Lindemann layak mendapat parol selepas menjalani hukuman selama 25 tahun.. -TheGuardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain