suria

Hanya berkain sarung! Lelaki ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang dalam rumah ditetak guna kapak

Kapak yang digunakan oleh suspek untuk menyerang mangsa. -Foto Istimewa/Detik.com

SEORANG lelaki dari Bengkalis, Riau, Indonesia nyaris maut ditetak menggunakan kapak kerana disyaki berdua-duaan dengan isteri orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Bengkalis, AKBP Bimo Anggoro, kejadian yang berlaku pada 27 Mei lalu bermula apabila lelaki bernama Eko, 36, pulang ke rumahnya dan mendapati mangsa sedang berdua-duaan dengan isterinya.

"Apa yang pasti, suspek menemui isterinya di dalam bilik rumahnya berdua-duaan dengan mangsa, hanya memakai kain sarung.

"Kejadian berlaku pada awal pagi," katanya.

Marah melihat kejadian tersebut, suspek bertindak menyerang mangsa menggunakan kapak.

Akibat serangan berkenaan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Untung, 36, mengalami kecederaan akibat ditetak di tangan kiri, betis kanan, kepala, kening kiri, lengan kanan, selain mengalami bengkak dan lebam.

Keluarga mangsa kemudian bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

Bagaimanapun, polis belum menerima laporan berhubung kes mangsa yang didakwa berdua-duaan dengan isteri suspek.

"Apa yang jelas, kita sedang mengendalikan kes berkaitan serangan terhadap mangsa. Bukan kes lain, kerana belum ada laporan perkara lain daripada pihak mangsa," katanya. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain