suria

Wanita kritikal, doktor tersilap buang buah pinggang sihat

Doktor di sebuah hospital di Rajasthan dilaporkan tersilap melakukan prosedur pembedahan batu karang pada buah pinggang seorang wanita. -Gambar hiasan

SEORANG wanita di Rajasthan, India kritikal selepas doktor di sebuah hospital swasta dilaporkan tersilap melakukan prosedur pembedahan batu karang pada buah pinggangnya.

Wanita berusia 30 tahun yang hanya dikenali sebagai Eid Bano dimasukkan ke Hospital Dhankhar dan selepas melalui beberapa prosedur pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa buah pinggang sebelah kanannya rosak akibat batu karang.

Wanita itu menjalani pembedahan pada 15 Mei lalu, namun doktor yang melakukan prosedur tersebut membuang buah pinggang kanan yang sebenarnya sihat, bukannya buah pinggang kiri yang rosak akibat batu karang.

Akibat kecuaian tersebut, doktor berkenaan menawarkan wang untuk membayar rawatan Eid Bano di fasiliti kesihatan yang lain, tetapi keluarga wanita itu menolak tawarannya.

Mereka membuat laporan polis bagi menuntut tindakan tegas terhadap doktor tersebut.

Sementara itu, sebuah pasukan yang dianggotai lima orang doktor ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain