suria

Gadis 'dahaga' perhatian sanggup tikam perut sendiri, reka cerita diragut penunggang motosikal

Kebanyakan wanita mengharapkan perhatian. -Gambar hiasan

GARA-GARA ingin mendapat perhatian seluruh ahli keluarga, seorang gadis sanggup menikam perutnya sendiri menggunakan sebilah pisau.

Malah dia turut mereka cerita dan mengaku menjadi mangsa ragut penunggang motosikal di sekitar daerah Boyolali, Jawa Tengah Indonesia pada Khamis.

Bukan itu sahaja, gadis berusia 18 tahun ini juga mendakwa telefon bimbitnya dilarikan semasa insiden ragut berlaku.

Susulan daripada itu, keluarganya membuat laporan polis pada Jumaat.

Memetik laporan Kompas, pasukan polis yang membuat siasatan berkaitan menemukan telefon bimbit gadis terbabit.

Bagaimanapun, individu yang 'memiliki' telefon bimbit berkenaan mendakwa dia telah membeli peranti tersebut dari seorang wanita.

Apa yang mengejutkan adalah ciri fizikal penjual yang digambarkan adalah persis gadis berkenaan.

Ekoran daripada itu, pihak berkuasa kembali mendapatkan perincian daripada gadis terbabit dan dia mengakui telah menjual telefon bimbit tersebut.

Malah dia menyatakan luka tikaman di perut telah dilakukannya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain