BERANG ajakan rujuk ditolak, seorang lelaki tergamak 'menyembelih' bekas isterinya sehingga maut. Lebih menyedihkan apabila kejadian yang berlaku di sebuah kedai jahit di Acheh Besar, Indonesia itu turut disaksikan anak mereka. Memetik laporan Okezone, mangsa dibawa ke hospital dengan keadaan pisau masih tertusuk di lehernya. Suspek menyerah diri selepas kejadian tersebut. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Susulan itu, suspek yang berusia 50 tahun menyerah diri di balai polis dan akan dihukum penjara tujuh tahun jika disabit kesalahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube