suria

Remaja 13 tahun trauma dicabul 26 lelaki, makcik dakwa buat laporan polis sejak sebulan lalu

Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul lebih 20 lelaki. -Gambar hiasan (Star Media Group)

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun trauma selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan seksual oleh 26 lelaki.

Difahamkan, kejadian pertama kali berlaku pada April lalu.

Ketika itu mangsa dalam perjalanan pulang dari satu majlis, sebelum dia bertembung dengan tiga lelaki dan dibawa ke rumah kosong yang merupakan lokasi kejadian.

Ibu saudara mangsa berkata, pihak keluarga telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis pada 11 Mei lalu dan setakat ini pelakunya masih belum ditahan.

Kejadian berlaku di Kota Baubau, Sulawesi Tenggara di Indonesia. Ia didakwa berulang di lokasi sama oleh lima pelaku juvana.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kenduri’ di tanah perkuburan! 2 pelajar perempuan ‘diratah’ beramai-ramai

ARTIKEL BERKAITAN: 2 beranak rogol remaja 16 tahun... Isteri bantu sedia bilik khas, perdaya mangsa jadi lebih cantik

Berdasarkan pengakuan mangsa, perbuatan itu terus berlaku di lokasi berbeza dan bilangan pelaku berbeza dalam tempoh sebulan.

Ibu saudara mangsa berkata, anak saudaranya mendakwa seramai 20 orang melakukan hubungan seksual dengannya, manakala enam individu lagi tidak melakukan hubungan seksual.

Malah katanya, mangsa tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran di sekolah kerana berasa malu.

Sehubungan itu, wanita itu berharap kes tersebut dapat diselesaikan segera dan diberi perhatian serius, supaya semua pelaku dapat segera ditahan.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul dan rogol adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain