suria

Diabai sejak lahir, dua anak lelaki mohon pengecualian jaga ibu dementia... Kongsi kisah sebak masa kecil

Warga emas memerlukan perhatian daripada anak-anak. -Gambar hiasan

SETIAP anak pasti ingin berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Namun situasi berbeza dialami wanita berusia 87 tahun ini apabila dua anak lelakinya bukan sahaja enggan menjaganya malah menafikan hubungan kekeluargaan mereka.

Ia berikutan, Pejabat Hal Ehwal Sosial cuba mendapatkan dana bagi penempatan semula warga emas terbabit selepas berjaya mengesan dua anak lelakinya.

Bagaimanapun, kedua-dua individu tersebut memohon agar dikecualikan daripada bebanan berkenaan dan mendakwa mereka ditinggalkan ibu sejurus selepas dilahirkan selain tidak pernah dilindungi dan dipelihara sejak kecil.

Memetik laporan Sanook, wanita yang kini menghidap dementia dan mengalami masalah pendengaran, dipercayai tidak berkahwin dengan bapa kepada dua anak lelakinya.

Susulan daripada itu, kedua-dua anak lelakinya diserahkan kepada bapa angkat mereka.

Semasa perbicaraan, anak sulungnya berkata, adik lelakinya tinggal bersamanya sejak lahir.

Namun terpaksa dihantar ke rumah anak yatim ketika masih kecil kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, apabila keadaan kewangan bapa angkatnya pulih, adiknya diambil semula dan dibesarkan sehingga tamat sekolah rendah.

Mereka kemudiannya hidup berdua sehingga kini.

Menerusi sesi perbicaraan tersebut, hakim kemudiannya memutuskan bahawa kedua-dua lelaki terbabit harus dikecualikan daripada beban menyara ibu mereka.

Ia berikutan wanita terbabit tidak menunaikan kewajipannya sebagai seorang ibu untuk menyara anak-anaknya tanpa alasan yang sah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain