suria

Tak mahu teman kawan curi motosikal, pemuda dikelar dengan golok... Mayat ditemukan di tepi jalan

Keluarga mangsa tuntut hukuman berat untuk pelaku -Gambar agensi

SEORANG pemuda ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di leher berhampiran sebuah hospital.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Rizky Zakariyan, 22, dikelar rakannya sendiri menggunakan golok gara-gara tidak mahu terlibat dalam rancangan untuk mencuri motosikal di Tambun Utara dalam derah Bekasi, Indonesia.

Sejurus selepas insiden ngeri itu, mangsa dikatakan masih cuba berjalan untuk mendapatkan pertolongan di Hospital Polis Kramat Jati namun akhirnya rebah di tepi jalan.

Menurut bapa saudara mangsa dikenali sebagai Abdul Halim, Rizky diajak oleh pelaku untuk mencuri motosikal di sebuah kedai berhampiran.

"Rizky sempat mengirim mesej WhatsApp kepada adiknya, mengatakan dia diajak mencuri motosikal oleh pelaku," katanya.

Tambah Abdul Halim dia menuntut agar polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

"Ini kes bunuh, kena siasat secara menyeluruh supaya keluarga tenang.

"Dia budak yang baik, dia tidak pernah mencuri atau melakukan jenayah. Dia sangat taat," katanya lagi.

Hingga kini kes masih dalam siasatan pihak polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain