suria

Cangkuk pakaian dalam terbuka, petunjuk punca kematian gadis usia 16 tahun

Lelaki berusia 63 tahun didakwa terlibat dalam kes kematian seorang remaja perempuan.-Gambar Facebook

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan mati di atas katil di rumah lelaki berusia 63 tahun dikenali sebagai Suchin dalam kejadian pada 4 September lalu.

Menurut Balai Polis Mueng Samut Prakan, pihaknya menerima berita tentang kematian gadis bernama Thanyaluck itu kira-kira pukul 9 malam.

Ketika siasatan, Thanyaluck yang ditemukan tidak sedarkan diri dilihat berpakaian tank top hijau dan seluar pendek hitam dengan cangkuk pada baju dalam dipakainya terbuka.

Mangsa mengalami pendarahan daripada hidung selain terdapat kesan lebam di seluruh badan.

Suchin memberitahu polis bahawa dia berhenti daripada pekerjaannya sebelum ini untuk menjaga ibu yang berusia 84 tahun.

Selepas itu, dia mula menjual kasut dan pakaian secara dalam talian untuk menampung kehidupannya.

Untuk meningkatkan jualan, dia mendapatkan bantuan daripada dua gadis muda, Thanyaluck dan rakannya, Tarn, untuk sesi penstriman langsung.

Kemudian Thanyaluck dikatakan meminta kebenaran untuk tidur kerana kepenatan sebelum meninggal dunia.

Namun bedah siasat mendedahkan Thanyaluck meninggal dunia akibat pengambilan dadah jenis ketamin secara berlebihan.

Akhirnya Suchin mengaku dia mengupah Thanyaluck bukan untuk membantu dalam penstriman langsung, tetapi hubungan seks.

Suchin memberitahu dia tidak tahu jumlah dadah yang diambil Thanyaluck tetapi dia tidak terlibat.

Thanyaluck mula mengalami sawan, muntah, dan berdarah dari hidung sebelum dia meninggal dunia.

Pengakuan itu menyebabkan Suchin didakwa di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membawa seorang kanak-kanak di bawah umur daripada ibu bapa atau penjaganya.

Ini membawa hukuman penjara dua hingga 10 tahun dan denda antara 4,000 hingga 20,000 baht. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain