suria

Cikgu tampar murid gara-gara tak siap kerja sekolah, ibu terus bawa anak jalani pemeriksaan di hospital

Murid itu dibawa ke hospital selepas dia ditampar oleh seorang guru. -Foto Agensi

SEORANG wanita mendakwa anaknya mengalami masalah kulit selepas ditampar oleh seorang guru.

Insiden ini berlaku di Sekolah Rendah Yifu, Yunnan, China, yang melibatkan seorang pelajar berusia 11 tahun bernama Liu.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Huang mendakwa mangsa kini menghidap vitiligo, sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan kehilangan pigmen kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu bongkar realiti prestasi akademik, dakwa murid tingkatan 3 tak tahu membaca! Salahkan mak ayah punca utama masalah

Tambahnya, dia membawa anaknya ke hospital setelah menyedari muka kanak-kanak itu membengkak teruk akibat ditampar.

Cerita mangsa pula, dia ditampar oleh guru matematik kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Pihak sekolah kini sedang menunggu hasil siasatan polis dan penilaian forensik sebelum tindakan lanjut diambil terhadap guru terbabit.- Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia