suria

Gempar mayat gadis ditemukan ditanam tanpa pakaian! Dipercayai dirogol sebelum dibunuh

Mayat seorang gadis ditemukan ditanam tanpa pakaian.

MAYAT seorang gadis berusia 18 tahun ditemukan ditanam dalam keadaan tidak berpakaian berdekatan dengan sebuah rumah.

Pihak polis turut menemukan barang bukti seperti sandal, kain dan payung yang digunakan mangsa.

Kejadian berlaku di Padang Pariaman, Sumatera Barat di Indonesia pada Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Padang Pariaman, AKBP Faisol Amir.

Menurut Faisol, mangsa ditemukan pada kira-kira pukul 4 petang Ahad selepas dilaporkan hilang pada Jumaat.

Mangsa yang merupakan penjual makanan dipercayai dirogol sebelum dibunuh.

Namun kata Faisol, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis mendapatkan keterangan beberapa saksi. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain