SEORANG pengusaha di sebuah kafe kesal dengan tindakan seorang lelaki yang menyalahgunakan perkhidmatan WiFi percuma di premisnya, semata-mata untuk menonton video lucah. Bukan sekadar itu, lelaki berkenaan juga didakwa mengganggu beberapa pelanggan wanita. Dia dikatakan menghabiskan masa lama di kafe tanpa membuat sebarang pembelian. Kejadian berlaku di Lopburi, Thailand pada Khamis lalu. Lelaki yang berusia antara 50 dan 60 tahun itu dirakamkan sedang duduk di luar kafe sambil menonton video lucah menerusi telefon bimbitnya. Lelaki itu datang ke kafe berkenaan hampir setiap hari. Foto FB Kiera Suttida "Amaran untuk semua! Saya tidak bermaksud untuk menyusahkan tetapi apa yang berlaku adalah tidak wajar sama sekali. Ia berlaku kira-kira jam 3 petang. Lelaki ini datang ke kafe setiap hari untuk mendapatkan WiFi percuma dan tidak pernah membeli apa-apa. "Saya tidak perasan dia sehingga hari ini. Dia duduk untuk masa yang sangat lama dan ini adalah tempat awam. Saya sudah memberi amaran kepadanya tentang perbuatannya," kata pengusaha wanita itu. Menurut wanita itu lagi, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelajar universiti dan kanak-kanak. Bagaimanapun, pemilik premis memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu tetapi berharap tidak akan mengulangi perbuatannya, sama ada di kafenya atau di tempat lain. Sebagai peringatan, perbuatan menonton video lucah adalah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube