suria

Guru pendidikan jasmani 6 kali cabul murid tahun empat! Kasi upah, makanan ‘tutup mulut’

Seorang murid darjah empat menjadi mangsa cabul di sekolah. -Gambar hiasan

SEORANG guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah rendah ditahan kerana didakwa mencabul murid perempuannya.

Penahanan guru lelaki berusia separuh abad itu disahkan polis.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Manyaran, Wonogiri di Jawa Tengah, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Wonogiri, AKP Anom Prabawo pada Isnin memaklumkan suspek itu menjadikan muridnya sendiri sebagai mangsa.

Anom berkata, kes itu melibatkan pelajar tahun empat, susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa mangsa.

"Suspek mengganggu mangsa sebanyak enam kali bermula Januari hingga Ogos 2024. Perbuatan suspek itu disedari selepas rakan mangsa memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian yang menimpa muridnya," katanya.

Suspek juga dikatakan memberi wang dan makanan kepada murid berkenaan supaya tidak mengadu mengenai perbuatannya kepada ibu bapa mangsa.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain