suria

Jurulatih badan beruniform cabul 6 remaja lelaki, ditahan di rumah pelajar

Seorang jurulatih didakwa kerana mencabul pelajar lelaki. -Gambar hiasan

SERAMAI enam remaja lelaki menjadi mangsa cabul seorang jurulatih pasukan beruniform di sebuah sekolah.

Enam mangsa dikenal pasti berusia antara 13 dan 16 tahun.

Suspek lelaki berusia 21 tahun itu merupakan penolong guru bagi badan beruniform di sebuah sekolah.

Dia kemudiannya ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Rajin bawa jalan-jalan, siap check in kondo... Guru bujang jadi kegemaran murid, ibu bapa pun suka! Rupanya baik ada makna

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ketagih seks sejenis, selepas rakan ‘try’ laki dewasa pula! Pakar motivasi halang ibu hantar ke pusat tahfiz

Kejadian berlaku di Kota Pangkalpinang, Kepulauan Bangka Belitung di Indonesia.

"Suspek didakwa melakukan pencabulan terhadap mangsa bawah umur," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Pangkalpinang AKP Riza Rahman, pada Khamis.

Penahanan suspek dibuat di rumah salah seorang pelajarnya di Pangkalbalam, Pangkalpinang.

Modus operandi suspek adalah mengajak mangsa untuk bermain permainan video dan berjalan-jalan.

Suspek kemudian turut mengajak mangsa pulang ke rumahnya sebelum mencabul mereka ketika tidur.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain